Makluman Penangguhan Kursus Pensijilan Pengajar Institusi Memandu (SPIM) dan Pensijilian Pegawai Penguji Berkelayakan (QTO)

Kursus SPIM dan QTO adalah ditangguhkan pengambilan buat masa ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu Kelas B2 dan D baru yang dijangka dilaksanakan mulai bulan oktober 2013. Penangguhan kursus ini bermula dari oktober 2013 sehingga diberitahu kelak. Antara kursus yang ditangguhkan adalah :

  1. Kursus SPIM Baharu bagi kelas B2, B dan D
  2. Kursus SPIM Tambah Kelas bagi kelas B2, B dan D
  3. Kursus Penilai Berkelayakan Institusi Memandu (QTI-CDL)
  4. Kursus Penceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)
  5. Kursus QTO bagi kelas B dan D
Walaubagaimanapun kursus-kursus berikut dibuat pengambilan seperti biasa
  1. Kursus SPIM bagi Tambah Kelas bagi kelas C,E,H dan I sahaja
  2. Kursus SPIM bagi Lesen Memandu Vokasional>
  3. Kursus QTO bagi Lesen Memandu Vokasional

Terakhir dikemaskini pada 07-03-2012 10.45 PM
No
Senarai Kursus Pengajar Institusi Memandu
1
Permohonan Kursus Pengajar Institusi Memandu (SPIM) Ulangan Info Lanjut
2
Permohonan Kursus Pengajar Institusi Memandu (SPIM) Tambah Kelas Info Lanjut
3
Permohonan Kursus Pengajar Institusi Memandu (SPIM Vokasional) Baharu Info Lanjut
4
Permohonan Kursus Pengajar Institusi Memandu (SPIM Vokasional) Ulangan Info Lanjut
5
Permohonan Kursus Pengajar Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Ulangan Info Lanjut
6
Permohonan Kursus Penilai Berkelayakan (QTI-CDL) Ulangan Info Lanjut

Syarat Pemohon Kursus Institusi Memandu

  1. Permohonan mengikuti Kursus Pengajar Institusi Memandu di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia adalah dibuka sepanjang tahun.
  2. Permohonan anda adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan.
  3. Permohonan baru bagi kursus yang sama adalah tidak dibenarkan dalam tempoh sah.
  4. Ketidakhadiran anda dalam mana-mana kursus yang ditawarkan akan menyebabkan permohonan anda disenarai hitam untuk tempoh satu (1) tahun. Permohonan untuk menghadiri kursus yang sama hanya boleh dibuat selepas tempoh satu (1) tahun.
  5. Untuk calon yang disenarai gagal anda boleh membuat permohonan untuk menghadiri kursus semula pada bila-bila masa.
  6. Calon yang disenaraikan sebagai calon simpanan adalah sah untuk tempoh satu (1) tahun. Permohonan baru perlu dibuat selepas satu (1) tahun.

Kaedah Permohonan Mengikuti kursus

Mulai tahun 2012, semua permohonan mengikuti kursus Institusi Memandu perlu dibuat melalui Institusi Memandu yang telah berdaftar dengan sistem eMohon Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Semakan senarai Institusi Memandu yang telah berdaftar boleh dibuat di sini