Terakhir dikemaskini : 09 November 2017 12:31:02 PM
Panduan Pengguna
A+ a- R

Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan : Akademi Wilayah Selatan : Pengenalan


Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan, Johor Bahru ini telah dibina di atas tapak Pejabat Induk JPJ Negeri Johor, di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Setelah mendapat kompleks baru, maka dengan Rasminya JPJ Johor Bahru telah berpindah ke Kompleks JPJ Taman Daya mulai tahun 1991. Pejabat asal ini telah terbiar lama, sehinggalah kertas cadangan dikemukakan untuk melatih anggota-anggota Jabatan Pengangkutan Jalan. Setelah mendapat kelulusan, kerja-kerja membina semula kompleks latihan atau dikenali dengan nama Pusat Bina JPJ Johor Bahru dimulakan mulai tahun 1996.

Bangunan sedia ada tidak diruntuhkan, cuma telah diubahsuai dan dibuat face-lift. Bangunan asal yang terdiri daripada Blok Lelaki (Blok Sri Maharani), Dewan Makan (Blok Sri Mersing), Dewan Kuliah Jalani Kupah dan Dewan Kuliah Abdul Rahim Jalal adalah bangunan asal. Bangunan pentadbiran, Pelesenan dan Pengujian memandu serta Inspection Bays atau ruang pemeriksaan kenderaan untuk petugas-petugas Pemeriksaan Kenderaan Motor. Usia sebenar bangunan asal ini menghampiri 40 tahun iaitu telah dibina pada tahun 1965. Cuma asrama wanita iaitu Blok Tanjung Puteri merupakan bangunan tambahan baru dibina pada tahun 1997.


Akademi mempunyai keluasan 1.03 hektar / 2.537 ekar dan kos pembinaan bernilai RM930,000.00, untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan tambahan blok bangunan.