Terakhir dikemaskini : 16 August 2017 10:59:15 AM
Panduan Pengguna
A+ a- R

Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur : Akademi Wilayah Timur : Pengenalan


Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Timur terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Pada asalnya ia dikenali sebagai Pusat Bina JPJ Malaysia dan merupakan tapak JPJ Kelantan yang lama.Ianya merupakan satu gagasan yang diilhamkan oleh Yang Berbahagia Dato' Pahamin A. Rajab, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia. Setelah JPJ Kelantan berpindah ke pejabat baru pada tahun 1994, kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan dan pada tahun 1996 Akademi ini telah beroperasi sepenuhnya. Akademi ini mempunyai keluasan 0.5 hektar / 1.233 ekar. Kewujudan Akademi adalah mercu tanda usaha yang murni dan berwawasan di dalam menyediakan kemudahan latihan dan pendedahan yang sesuai dengan keadaan dan budaya JPJ. 

Fungsi

  1. Akademi memainkan peranan penting dalam menghayati aspirasi dan wawasan JPJ.
  2. Akademi ini juga berfungsi dalam membangun dan memajukan lagi tahap kualiti perkhidmatan jabatan dan individu.
  3. Ia juga berfunsi meningkatkan tahap produktiviti jabatn melalui pengujudan budaya kerja cemerlang.