Terakhir dikemaskini : 16 August 2017 10:59:15 AM
Panduan Pengguna
A+ a- R

Antara soalan yang sering ditanya berkaitan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia :

  1. Apakah fungsi Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM)?
  2. Bilakah Akademi ditubuhkan?
  3. Di manakah lokasi Akademi Induk?
  4. Adakah wujud cawangan Akademi? 
  5. Siapakah Pengarah Akademi sekarang?
  6. Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan oleh Akademi JPJ dengan Institut Latihan Awam yang lain?
  7. Bahagian manakah yang bertanggungjawab menganjurkan program dan aktiviti latihan di Akademi JPJ Malaysia?
  8. Siapakah yang layak menyertai kursus anjuran APJM?
  9. Bagaimanakah prosedur permohonan kursus anjuran APJM? 
  10. Adakah kursus anjuran APJM dikenakan sebarang bayaran? 
  11. Berapa tempoh kursus anjuran APJM?
  12. Adakah pihak APJM menyediakan kemudahan penginapan dan makan/minum kepada peserta kursus? 
  13. Apakah kemudahan lain yang disediakan oleh APJM? 
  14. Adakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator APJM dari dalam atau luar?

Himpunan Soalan/Jawapan

(1) Apakah fungsi Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM)?
Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) merupakan pusat latihan yang menyediakan kemudahan latihan dan kursus bagi keperluan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

(2) Bilakah Akademi ditubuhkan?
Pada tahun 2002.

(3) Di manakah lokasi Akademi Induk?
Akademi terletak di KM 15, Jalan Tiang Dua, Air Molek, 75460 Melaka.

(4) Adakah wujud cawangan Akademi?
Terdapat 3 buah lokasi Akademi cawangan iaitu di wilayah Selatan (Johor Bahru, Johor), wilayah Utara (Langkawi, kedah) dan wilayah Timur (Kota Bharu, Kelantan).

(5) Siapakah Pengarah Akademi sekarang?
Tn. Adam bin Derusman (N48), Timbalan Pengarah

(6) Bahagian manakah yang bertanggungjawab menganjurkan program dan aktiviti latihan di Akademi JPJ Malaysia?

Bahagian-bahagian tersebut adalah

  1. Bahagian Korporat Dan Pembangunan Latihan - Kursus-kursus Berkaitan Pembangunan Kerjaya Kakitangan
  2. Program Pengajian Pelesenan Kenderaan Dan Pemandu - Kursus-kursus berkaitan pelesenan kenderaan, pemandu dan Institut Memandu
  3. Program Pengajian Penguatkuasaan Undang-undang dan Kejuruteraan Automatif - Kursus-kursus berkaitan Penguatkuasaan, Undang-undang,Pendakwaan, Persenjataan dan Teknikal Kenderaan
  4. Program Pengajian Teknologi Maklumat - Kursus-kursus berkaitan Teknologi Maklumat
  5. Program Pengajian Pengurusan Kualiti dan Kewangan - Kursus-kursus berkaitan Hal Ehwal Pentadbiran Dan Pengurusan Pejabat, Kursus Bahasa dan Kursus Kewangan

(7) Siapakah yang layak menyertai kursus anjuran APJM?

  • Semua kakitangan JPJ termasuk yang bertugas di JKJR dan LPKP
  • Sesiapa sahaja yang terlibat dengan kursus-kursus berkaitan Institusi Memandu

(8) Bagaimanakah prosedur permohonan kursus anjuran APJM?
Berikut adalah prosedur permohonan kursus:

  1. APJM akan menganjurkan kursus berdasarkan perancangan tahunan dalam Program Latihan Akademi JPJ.
  2. Senarai kursus yang ditawarkan boleh dilihat di Takwim Latihan Akademi JPJ dengan melayari web Akademi JPJ Malaysia academy.jpj.gov.my
  3. Kakitangan JPJ yang berminat boleh membuat permohonan melalui “on line” dengan melayari laman web Akademi JPJ Malaysia sebagaimana di atas
  4. Tawaran kursus akan dibuat secara “online” kepada peserta yang berjaya dan telah mendapat pengesahan ketua jabatan masing-masing
  5. Peserta boleh menyemak status permohonan dengan melayari laman latihan di http://academy.jpj.gov.my/etraining

(9) Adakah kursus anjuran APJM dikenakan sebarang bayaran?
Ya, setiap peserta akan dikenakan sejumlah yuran kursus bergantung kepada tempoh kursus.

(10) Berapa tempoh kursus anjuran APJM?
Bergantung kepada jenis kursus yang dilaksanakan. Paling pendek yang pernah diadakan adalah 2 jam dan paling lama adalah 6 bulan.

(11) Adakah pihak APJM menyediakan kemudahan penginapan dan makan/minum kepada peserta kursus?
Kursus anjuran APJM lengkap dengan pakej penginapan dan makan/minum.

(12) Apakah kemudahan lain yang disediakan oleh APJM?

  • Surau
  • Perpustakaan
  • Dewan/bilik kuliah berhawa dingin
  • Mahkamah Moot
  • Makmal multimedia
  • Padang bola sepak
  • Gelanggang sepak takraw
  • Gelanggang bola jaring
  • Kedai runcit ( Kedai Kelab Akademi)

(13) Adakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator APJM dari dalam atau luar?
Berganutung kepada jenis kursus yang dianjurkan. Akademi JPJ juga sering mendapatkan khidmat tenaga penagajar dari

  • Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN)
  • Institut Integriti Malaysia(IIM)
  • Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan ( ILKAP )
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM )
  • Jabatan Akauntan Negara ( JAN )
  • PDRM
  • Pakar-pakar perseorangan yang diiktiraf
  • Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM )
  • Universiti Awam dan Swasta tempatan