Terakhir dikemaskini : 09 November 2017 12:31:02 PM
Panduan Pengguna
A+ a- R

Sejarah Penubuhan Akademi JPJ Malaysia : Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia

Kewujudan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan sumber manusia di Jabatan Pengangkutan Jalan menerusi perancangan dan pelaksanaan latihan yang berkualiti. Penubuhan Akademi ini juga akan dapat mengukuhkan potensi modal insan JPJ agar sentiasa releven dengan senario semasa di mana kakitangan JPJ perlu dilatih dengan aplikasi terkini, menyerap sistem dan pemikiran baru, mengamalkan nilai murni dan ada jati diri malah memiliki daya usaha untuk menyelesaikan permasalahan rakyat selaku pelanggan.

Terletak di Kilometer 15, Jalan Tiang Dua, Air Molek, Melaka, lokasi Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia ini begitu strategik dengan kedudukannya yang terletak kira-kira 16 kilometer dari Bandaraya Melaka Bersejarah dan lebih kurang 20 kilometer dari pintu masuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Air Keroh.



Dengan keluasan tanah kira-kira 68.058 hektar / 168.175 ekar, Projek Fasa Satu pembinaan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia ini telah dijalankan mulai dari 20 Mac 2000 dan siap pada 18 Jun 2001 dengan melibatkan kos sebanyak RM25.406 juta. Pembinaan projek Fasa Satu ini meliputi pembinaan Blok Pentadbiran, Asrama, Dewan Makan, Padang Kawad dan Larian Berhalang.




Pada 17 Oktober 2002, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan Malaysia telah merasmikan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Melaka. 

kemudahan makmal komputer yang mampu memuatkan seramai 30 orang dalam satu masa